jom4.gif

Home | Ajal 100 Hari Lagi | Pangkat Menentukan Gaji

Pangkat Menentukan Gaji dan Elaun

otak.jpg

Salah faham biasa di kalangan guru-guru

Pangkat dan jawatan adalah dua perkara yang berbeza tetapi ianya berkaitan. Pangkat adalah kategori yang menentukan gaji dan elaun seseorang guru. Manakala jawatan pula menentukan jenis kerja seseorang guru di sekolah masing-masing. Seorang Pengetua atau Guru Besar mungkin lebih rendah pangkatnya daripada guru penolong di sekolahnya. Contohnya, Pengetua DG3 sedangkan guru penolong di bawahnya DG2. Ini selalu berlaku dan sedang berlaku. Dari segi hakiki guru penolong itulah yang lebih tinggi pangkatnya. Tetapi dari segi jawatan Pengetua itulah lebih tinggi. Dari segi gaji dan elaun pula guru penolong itu mendapat gaji dan elaun yang lebih tinggi.
 
Soal yang mana satu lebih baik jika dibandingkan bergantung kepada kehendak dan apa yang dimahukan oleh seorang guru. Jika seorang guru itu amat berminat menjadi pengetua atau guru besar akan memilih jawatan yang dikejar itu agar dapat mencapai kepuasan dirinya mengikut caranya sendiri. Bagi yang mengutamakan gaji dan elaun mereka tak kisah samada mereka dapat jadi pengetua atau tidak; janji dapat pangkat, gaji besar serta elaun besar. Jawatan pula jatuh nombor dua bagi guru seumpama ini.
 
Bagaimanapun, seelokeloknya pangkat biarlah tinggi serta jawatan juga tinggi. Jika hanya jawatan sahaja tinggi, sedangkan pangkatnya rendah tentu ada ralatnya. Ia mempengaruhi pembentukan watak dan cara bertindak orang seumpama itu. Dia mungkin akan cuba menunjukkan kuasanya sebagai pengetua secara berlebihan. Ini akan mencacat dan menjejaskan prestasinya serta menggagalkan perjalan organisasi. Sedangkan guru yang tinggi pangkatnya akan merasa lebih selesa kerana dia terlepas daripada memikul berbagai tanggungjawab pentadbiran yang memeningkan.
 
Apapun, keadaan sebegini wujud di sekolah-sekolah kita.
 
 

   
   
   
   

 
HE WHO KNOWS
He who knows not, and knows not that he knows not, is a fool, shun him!
He who knows not, and knows that he knows not, is a child, teach him.
He who known, and knows not that he knows, is asleep, wake him.
He who knows, and knows that he knows, is wise, follow him.
Persian Proverb

Semua yang ditulis adalah pendapat penulis semata-mata.