Make your own free website on Tripod.com
Home | Ajal 100 Hari Lagi | Pangkat Menentukan Gaji

jom4.gif

Adakah anda seorang ketua yang disegani atau ditakuti?

otak.jpg

Sifat dan Perwatakan Yang Terpuji.

Anda baik hati. Anda lemah lembut. Anda tegas. Anda memahami dan mahir dalam tugas. Anda mengambil berat tentang orang bawahan. Kebajikan mereka anda jaga. Anda sentiasa selami masalah mereka. Anda pendorong yang berkesan. ‘Role model’. Anda merendah diri dan suka menyapa dan tidak menunjuk-nunjukkan kuasa. Anda adalah penyelesai masalah, bukannya pembawa masalah. Anda pemudahcara yang berkesan. Anda berilmu dan suka mempamirkan kelebihan dan mengejar kemajuan. Anda bijaksana. Anda telus. Anda marah, tetapi dengan cara yang berhikmah dan professional. Anda mengakui kesilapan diri. Anda suka belajar walaupun daripada orang bawahan. Anda percayakan ilmu dan kebolehan orang bawahan. Anda bertoleransi. Anda mengawas secara menyeluruh. Anda tidak pilih kasih atau pilih bulu. Anda sentiasa berikan pujian dan ganjaran. ‘Menyentuh hati’. Anda menepuk bahu. Anda menggunakan budi bahasa yang lembut. Anda sopan. Anda berpakaian kemas. Anda ceria. Anda suka menegor sapa. Anda karismatik. Anda berpandangan jauh. Anda tidak suka terlalu mencari kelemahan orang bawah. Anda memberikan keutamaan kepada ‘core business’. Anda suka keluar dariada zon selesa. Anda ada matlamat kumpulan dan mempastikan ianya difahami. Setiap arahan anda jelas, terang, telus serta difahami. Anda amalkan TQM. Anda amalkan budaya merekod dan pembaikan kelemahan secara berterusan. Anda ada blueprint; orang bawahan dipimpin, bukan dipaksa. Anda jauhi hasad dengki dan khianat. Anda menghormati dan memberikan pengiktifan sewajarnya terhadap kelebihan orang bawah. Anda tidak suka membebel tak tentu pasal. ‘Anda ada take-off value’yang tinggi dan rancangan dijalankan secara sedar serta disokong dengan ilmu.

Anda disegani

Ketua sedemikian sangat disegani dan dihormati oleh semua yang dipimpinnya. Orang bawah rajin bekerja dan bermotivasi. Mereka berinisiatif dan seronok bekerja. Pencapaian kumpulan meningkat dan matlamat tercapai. Perasaan persaudaraan terpelihara dan rasa kekitaan (espirit de corp) terpupuk dengan sempurna. Mereka tidak mengumpat di belakang mata, tetapi sentiasa penuh dengan pujian. Keceriaan setiap orang terpancar dalam kumpulan. Budaya kerja cemerlang segar dan sentiasa membuahkan hasil.

Klik di sini jika ingin mencapai Hadis 40 dan mendapat manfaat daripadanya

Hadis Empat Puluh
Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Sifat dan Perwatakan Yang Keji.

Busuk hati. Kasar dan penuh keegoan. Tidak tegas. Tidak memahami dan tidak mahir dalam tugasnya. Tidak mengambil berat tentang orang bawahan. Kebajikan mereka tidak dijaga. Tidak menyelami masalah mereka. Bukan pendorong yang berkesan. Bukan ‘Role model’. Keras kepala dan suka meninggi diri dan menunjuk-nunjukkan kuasanaya. Dia pembawa masalah, bukannya penyelesai masalah. Bukan pemudahcara yang berkesan. Longgar ilmunya dan suka mempamirkan kelemahan. Bodoh. Berahsia. Marah, dengan cara yang kasar dan tidak professional. Tidak mengakui kesilapan diri. Tidak Suka belajar terutama daripada orang bawahan. Tidak percayakan ilmu dan kebolehan orang bawahan. Tiada toleransi. Pengawasan tidak menyeluruh. Amalkan pilih kasih atau pilih bulu. Tidak suka memberikan pujian dan ganjaran. Hubungan luaran tanpa ‘Menyentu hati’. Bencikan budaya menepuk bahu. Bahasa yang kasar. Sombong. Berpakaian selekeh. Murung dan bengis. Tidak suka menegor sapa. Biasa dan tidak karismatik. Berpandangan sempit. Terlalu suka mencari kelemahan orang bawah. Tidak memberikan keutamaan kepada ‘core business’. Selesa dalam zon selesa. Tiada matlamat kumpulan dan bercelaru. Tidak tahu dan tidak amalkan TQM. Tidak amalkan budaya merekod dan pembaikan kelemahan secara berterusan. Tiada ‘blue print’; orang bawahan tidak dipimpin, selalu dipaksa. Sentiasa hasad dengki dan khianat. Tidak menghormati dan tidak memberikan pengiktifan sewajarnya kelebihan orang bawah. Suka dipuji dan dipuja. Seronok menindas dan menyusahkan orang bawah. Suka membebel tak tentu pasal. Tanpa ‘Take off value’ dan tiada garis mula yang bernas.

Anda takuti dan dibenci.

Ketua sedemikian tidak disegani dan tidak dihormati oleh semua yang dipimpinnya. Orang bawah malas bekerja dan tidak bermotivasi. Mereka tidak berinisiatif dan tidak seronok bekerja. Pencapaian kumpulan menurun dan matlamat tidak tercapai. Perasaan persaudaraan tidak terpelihara dan tiada rasa kekitaan (espirit de corp) dan dipenuhi rasa kebencian. Mereka mengumpat di belakang mata, dan penuh dengan pujian bila berhadapan. Tiada keceriaan dan terpancar kemurungan dalam kumpulan. Budaya kerja celaru diamalkan dan tidak membuahkan hasil. Beliau hanya ditakuti ketika di hadapan mata; dibelakangnya orang bawahan tidak melaksanakan tugas mereka. Beliau dibenci dan dikata nista. Mereka berpura-pura bekerja dan hormat. Dipuji di hadapan, tetapi di maki di belakang.

Kesimpulannya.

Anda yang dilantik menjadi ketua hendaklah mengamalkan sifat dan perwatakan yang terpuji agar ia membantu orang bawahan untuk membantu menjadikan anda seorang ketua yang baik. Ingatlah bahawa jawatan yang anda pegang adalah suatu amanah; bukannya lesen untuk menindas orang bawah. Ingatlah! Bila anda bersara, walau berstatus pengarah atau ketua pengarah sekalipun, tiada siapa akan pandang anda walaupun sebelah mata.

Catatan Penulis:

Penulis tidak mengupasnya dari sudut agama kerana dari sudut itu sudah sedia termaklum dan diketahui, cuma ianya tidak disedari dan diamalkan oleh sebahagian kecil mereka berstatus ketua yang dibenci itu.

Semua yang ditulis adalah pendapat penulis semata-mata.